
Rata-rata daripada anda pasti sudah tahu fungsi mod potret, rakaman dengan latarbelakang yang kabur. Namun apalah gunanya jikalau kabur, tetapi berlatarbelakang dinding putih sahaja. Tiada beza. Jadi untuk lebih menarik, rakam mod potret dengan latarbelakang bercahaya seperti lampu raya, atau pokok-pokok bunga yang merimbun dihalaman rumah nenek anda.
Ruang negatif merupakan salah satu elemen dalam menghasilkan gambar yang berkualiti dan menarik. Bagi yang tertanya-tanya apa itu ruang negatif, ia bermaksud ruang yang kosong seperti langit, dinding, kawasan lapang atau apa-apa jua yang tidak menggangu fokus terhadap objek utama. Jika pandai digayakan, imej objek yang diambil pada ruang negatif akan lebih menonjol dan anda akan kelihatan umpama jurugambar profesional di pagi raya.
Bahasa mudahnya, rakam gambar dengan sudut yang berlainan. Pelbagaikan arah rakaman gambar supaya rakan-rakan media sosial tidak bosan untuk melihat himpunan gambar raya anda nanti. Contohnya, ambil gambar secara berbaring, panjat kawasan tinggi (pastikan tempat tidak berbahaya dan bukannya meja makan tokwan anda) dan apa-apa cara yang dirasakan dapat menghasilkan imej yang menarik.
Anda pasti mahu orang fokus terhadap objek yang dirakam dan ia boleh didapatkan dengan cara “membingkaikannya” melalui apa yang ada disekeliling. Gambar boleh diambil dari celahan pokok, tingkap, pagar atau lain-lain elemen mengikut kreativiti masing-masing.
Perkara paling asas sekali dalam mengambil gambar, gunakan baris yang terbahagi kepada 9 petak ini. Ciri ini sudah tersedia dalam telefon pintar anda. Nampak, 4 titik merah seperti imej dibawah? Ia merupakan fokus pandang bagi sesebuah imej dimana mata kita secara semula jadi akan melihat ke bahagian seperti titik itu berada.






No comments:
Post a Comment