
Bismillahirrahmanirrahim…Untuk
penulisan saya pada kali ini,suka saya nak kongsikan kepada pembaca di luar
sana, satu kisah yang mana ia mungkin menarik kepada anda semua.Cerita ini
mengisarkan bagaimana saya pada awalnya,boleh terjebak dengan minat di dalam bidang fotografi ini.
Ceritanya
bermula sebegini….
Sebelum saya
mendirikan rumahtangga,iaitu pada tahun 2014, saya sememangnya meminati bidang
fotografi dengan mendalam.Impian mana yang tak nak memiliki sesuatu yang
penting apabila menceburi bidang atau hobi ini bukan?..
Sewaktu
itu,saya amat dan amat perlukan sebuah kamera..Pada suatu ketika,saya dihadiahi
sebuah DSLR oleh seseorang yang berkepentingan di dalam hidup. Perasaan gembira
ketika itu amatlah tinggi.Dan pada mulanya juga,terasa umpama dunia ini milik
saya.Memandangkan saya asalnya dari sebuah keluarga yang susah.
Dengan
adanya peluang itu,dan sebelum terlupa,saya teramat menghargai pemberian dari
insan hebat tersebut.Setelah peluang ada,saya terus menggunakan pelbagai cara
utk dapatkan ilmu dan maklumat berkenaan asas fotografi.
Dan dari
awalnya,oleh kerana sifat ingin tahu berkenaan fotografi,macam-macam org saya
jumpa.Untuk dapatkan ilmu dan maklumat yang di perlukan.Selain dari tu,saya
juga banyak dapatkan input-input hanya dari youtube.
Dan daripada
itu,terus dan terus di pelajari ilmu fotografi untuk mantapkan lagi skill yang
kita perlukan.Dari situ,saya selalu perbaiki apa yang terkurang dalam minat
tersebut.Dari ISO,APERTURE dan lain-lain,dengan penuh khusyuknya saya
mentelaah.
Sewaktu itu
juga,saya sememangnya dah pun ade kerja full time,sebagai seorang guru agama di
sebuah sekolah rendah di Melaka.Hampir 6 tahun,saya menjadi seorang pendidik
anak-anak bangsa.Akan tetapiii…oleh kerana dari hobi yang saya minati berada di
level kemuncak,saya telah meletakkan jawatan demi menceburi bidang bisnes.Dari
hobi,telah pun di tukarkan kepada kerjaya.
Dan
Alhamdulillah,kini saya dan pun di gealar sebagai jurugambar perkahwinan rasmi
yang berjalan secara sepenuh masa.
No comments:
Post a Comment