Followers

Tuesday, April 23, 2019

Story Part 2


Di dalam apa jua bidang atau kerjaya,pengalaman adalah satu perkara yang menjadi tonggak kekuatan dalam diri seseorang untuk terus berada di situasi tertinggi.
Dalam sepanjang saya menjalankan perniagaan jurugambar perkahwinan rasmi,pelbagai pengalaman kerja yang telah saya ceburi dan rasai.
Dalam aspek kerja,pelbagai institusi,badan-badan dan lain-lain telah saya rasai.Antaranya,saya telah di percayai untuk ditugaskan sebagai jurugambar di :
-  Pejabat pelajaran jasin,Melaka untuk penggambaran kumpulan ( photo group ) bersama kakitangan disana.
-  Juga pernah menjadi jurugambar konvo untuk peringkat sekolah menengah.
-  Sebagai jurugambar majlis untuk sekolah rendah agama JAIM.
-  Di bayar untuk jurugambar sukan iaitu bolasepak kawasan kampong.
Memandangkan semua negeri di semenanjung setakat ini saya cover,perjalanan yang menggambil masa berjam-jam juga menjadi satu pengalaman yang hebat bagi saya.Kerana ia tetap mengajarkan saya erti susahnya nak bina peluang dalam kerjaya supaya hidup mendatang akan lebih selesa dan baik-baik.
Dengan karenah pelanggan yang bermacam-macam juga menjadikan saya tetap teguh dan kuat.Sebab saya berpegang pada satu fikiran,iaitu,kita sebagai manusia,punyai hati…dan semestinya hati kita dalah berbeza-beza.
Dan Alhamdulillah,kami masih teguh dan kuat dengan kerjaya yang dibina sehingga kini.Aamiin

No comments:

Post a Comment

Booking Form